Thursday 29 September 2011

Selamat tinggal syawal :(

Syawal pergi lagi meninggalkan kita untuk tahun ini. Syawal yg kali ini aku raikan suam2 kuku tetap bermakna dengan kehadiran orang2 tersayang di sisi.

Macam perkara yg aku miss untuk syawal kali ini. Terutamanya open haus rumah Jue yg dah 3 thn berturut2 tak dapat pegi (hihi.. thn dpn berazam nak pegi jugak) open haus Mama, k Diela, n keira & sawal (jgn lupe abes pantang I nak assam pedas melaka tau :)) apetah lagi beraya ke rumah orang lain. Memang idok lew. kalo ade pon beraya ke klinik.. huhu...

Hari terakhir syawal jugak la Akid ke klinik desa utk cucuk sebulan.. Menangis beriya dia tp bila sumbat susu je terus ok...Akid genap sebulan je isnin lalu kitorg beraya ke klinik usop... hihi.. alhamdulillah dia di kategorikan sihat n takde ubat diperlukan n FOC.... after tu papa celebrate mkn pizza... huhu....

Setiap tahun bila bulan syawal aku mesti akan berfikir, macam manelah syawal aku tahun depan... Yang pastinya mesti penuh dengan kelainan dan pengalaman yang baru... Harap2 tahun depan syawal aku akan lebih ceria. Amin....

Tuesday 27 September 2011

My Reference (sharing is caring)

TIPS MENGHASILKAN SUSU BADAN

1)
Terdapat beberapa sebab berlakunya keadaan dimana ibu merasakan susu yang dihasilkan semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan si ibu tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap. Sekiranya si ibu menyusukan anak secara eksklusif bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu akan keluar melimpah-limpah dan payudara sentiasa penuh walaupun baby sedang menyusu, ini kerana semasa baru melahirkan (berpantang), badan ibu belum adjust dgn hormon yg dihasilkan. Namun, setelah beberapa bulan, badan ibu sudah adjust sepenuhnya pada hormon dan susu yang dihasilkan akan mengikut keperluan baby, kalau ibu menyusukan anak secara eksklusif dan anak menghisap kedua2 belah payudara, maka susu yg terhasil banyak(walaupun tak sebanyak semasa berpantang). Ada berbagai2 cara untuk menambahkan penghasilan susu badan, antaranya ialah :

1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.
2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.
3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu
4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.
5.Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus2, air masak atau buah buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.
6. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:
• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.
• Banyakkan minum air (digalakkan air Kosong suam) sepanjang hari.
• Hanya ambil suplemen jika dinasihatkan oleh doktor.
• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.
7. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.
8. Petua masyarakat kita:
Cekur Manis ----Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. Kacang Tanah ----- Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini Air Longan ---- Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.) or longan segar yang jual kat pasar.. tp jgn bebyk karang sakit tekak plak. Halba dan Jintan Hitam ---- Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba Bunga Melur ---- Bunga melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air susu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi. Bagi ibu yang berhasrat memberhentikan susu ibu pula, gunakan daun bunga melur untuk tujuan ini. Caranya, tumbuk lumat daunnya dan ditampal pada payudara. – melur.comLobak putih sangat bagus untuk ibu menyusu. Jika anda menambahkan sotong kering ke dalam sop lobak putih, ia berupaya menambahkan lagi susu badan. Walaupun bersifat sejuk, ia mengandungi banyak vitamin dan mineral. Sumber potassium, folat dan vitamin C yang sangat baik.
Lobak Putih ---- Tidak perlu dimasak dan boleh dimakan begitu saja (mcm mkn ulam!) lobak putih dibuang kulitnya dan dihiris boleh ditambah dgn hirisan bawang besar beserta kicap. atau tambah hirisan bawang beserta garam. Pucuk Betik ---- Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari. Tuaman Daun Sirih ---- Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari sehingga susu badan anda banyak Jantung Pisang ---- Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan untuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan… Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulai masak lemak cili api. Makanan Tinggi CLA ---- Ibu menyusu yang makan makanan tinggi kandungan conjugated linoleic acid (CLA) boleh meningkatkan kandungan kumpulan asid lemak ini dalam susunya. Asid-asid lemak ini mempunyai pelbagai kebaikan dalam penjagaan kesihatan antaranya kesan anti kanser, anti oksida, pengurangan berat badan dan pengurangan risiko sakit jantung. Dalam kajian yang didedahkan dalam Jurnal Kajian Pemakanan ini, susu perahan ibu menyusu yang makan biskut diperkaya CLA ini didapati mempunyai kandungan asid lemak lebih 46% berbanding ibu menyusu yang makan biskut biasa. CLA dalam susu ibu mencapai tahap tertingginya selepas 8 ke 28 jam ibu-ibu memakan biskut khas ini.
Kandungan CLA yang tinggi secara semulajadinya terdapat dalam makanan seperti susu, keju, telur, minyak sayuran dan sesetengah jenis daging (ayam, daging lembu dan kambing yang makan rumput – bukan bijirin). Kebanyakan kajian tentang CLA dan kesannya terhadap manusia menggunakan supplement komersial.
Kurma --- Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu Antara makanan yang mungkin menambah penghasilan susu ibu Makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, dal. Jambu batu – makan begitu sahaja. Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – goreng atau sup. Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air atau goreng. Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan sebelum dimasak. Madu – gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan pada roti atau cicah pada lempeng susu beroat Red raspberry leaves – suplemen dari farmasi Barli – air atau bubur barli. Pucuk manis – masak lemak bersama ubi keledek. Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus. Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dan tempe. Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe Air horlicks Susu, produk tenusu dan pil kalsium (ibu menyusu akan menyalurkan kalsiumnya pd anak yang disusuinya. Ini akan menyebabkan ibu kurang kalsium. – Kalau taknak tulang reput cepat n gigi goyang berderai cepat, mknlah kalsium ya!) Teh hijau jepun Makanan mengandung yis seperti roti, donut, tapai pulut dan sebagainya. Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi dan membantu penghasilan susu. Kacang merah : rebus kacang merah tanpa gula. Minum air dan kacangnye sekali. Ubat homeopati. Durian - jgn byk sgt.. takut bby tak tahan panas.. buat serawa pun boleh...

http://ainaz-azidah.blogspot.com/2011/03/petua-banyakkan-susu-badan.html

Rahsia tingkatkan penghasilan susu:
1. Kerapkan menyusu
2. Jgn tunggu payudara penuh
3. Menyusu lebih lama
4. Penyusuan 2 kali
5. Bogelkan bayi
6. Penyusuan malam
7. Penyusuan baby sling
8. Fikir bayi,fikir susu
9. Urutan
10. Minum air

[Pa&Ma Julai 2011, ms.39]

==========================================================
2)
ketika seseorang ibu mengandung,penghasilan susu byk bergantung kpd hormon.Keadaan ini dipanggil Endocrine Control Sysytem.Ini bermakna apabila hormon-hormon berkaitan dgn penghasilan susu berada pd tahap normal,ibu akan mula menghasilkan kolostrum apabila kandungannya mencecah 16 hingga 22minggu dan akan semakin bertambah slps 30 hingga 40jam slps bersalin.Selepas 30 hingga 40 jam bersalin penghasilan susu dikawal oleh autocrine (local) control system.
Oleh,itu makin kerap bayi menyusu ataupun anda mengosongkan payudara,lbh byk susu akan dihasilkan dgn lbh pantas.Adalah penting utk setiap ibu memahami konsep diatas krn ia mbolehkan kita memahami bagaimana utk mengawal susu.Ringkasnya jika ingin menambahkan penghasilan susu,kita harus memastikan payudara dikosongkan dgn lebih kerap sepanjang hari dgn melakukan panduan berikut:
Kerap menyusukan bayi atau mengepam diantara waktu menyusu Pastikan payudara dikosongkan sebaik mungkin pd setiap waktu penyusuan atau mengepam.Ini dapat dipastikan dgn melakukan perkara yg berikut: Periksa lekapan dan kedudukan bayi agar menghisap dgn betul Berikan kedua-dua belah payudara pd setiap sesi penyusuan.Biarkan dia puas menyusu disebelah payudara sblm menawarkannya disebelah lagi Gunakan teknik breast massage dan breast compression Pam payudara setiap kali slps menyusu jika merasa payudara penuh.Jika payudara bersa agak lembut slps bayi menyusu maka anda harus mengepam diantara waktu menyusu
Shamsila Shamsuddin
===========================================================

3)
Rahsianya mudah sahaja. Sudah semestinya anda memerlukan payu dara dan paling penting bayi untuk disusukan. Seperti yang umum sedia maklum, payu dara perlu mendapat lebih banyak rangsangan daripada bayi bagi meningkatkan penghasilan susu. Selanjutnya, anda perlu melakukan beberapa perkara penting lain dalam usaha membuahkan hasil seperti yang diimpikan.


1. Kerapkan Menyusu
Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4 - 5 jam.


2. Jangan tunggu payu dara penuh
Ada sesetengah wanita suka menjadikan payu dara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah! Yakinlah bahawa payu dara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bererti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payu dara “kosong”), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.


3. Menyusu Lebih Lama
Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payu dara. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payu dara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payu dara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.


4. Penyusuan Dua kali
Selepas anda menyusukan bayi, sendawakan dia. Langkah ini menjurus ruang di dalam perutnya untuk memuatkan lebih banyak susu. Kemudian, susukan dia semula. Cara ini turut merangsang payu dara untuk menghasilkan lebih banyak susu.


5. Bogelkan Bayi
Sewaktu menyusu, bogelkan bayi (kecuali lampinnya). Sentuhan kulit ke kulit membantu bayi kekal sedar daripada lena. Untuk memaksimumkan sentuhan kulit, buka coli dan pakai baju yang mempunyai butang di bahagian depan. Bagi mengelakkan bayi kesejukan pula, selimutkan dia ketika menyusu.


6. Penyusuan Malam
Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.


7. Penyusuan Baby Sling
Bayi memang suka jika berada dekat dengan anda. Secara tidak langsung, ia boleh merangsang dia untuk kerap menyusu. Jadi, gunakan baby sling di antara waktu penyusuan walaupun ketika itu dia sedang tidur. Pasti anda terkejut apabila mendapati dengan cara ini dia menyusu dengan lebih baik.


8. Fikir Bayi, Fikir Susu
Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payu dara anda. Cara ini, akan merangsang payu dara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.


9. Urutan
Teknik urutan payu dara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payu dara dengan tuala yang telah direndam di dalam sir suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeedingproblems.com


10. Minum Air
Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.

sources: Majalah Pa & Ma, Julai 2011

Fahyim FairisAshnani
==========================================================
4)
Petua Banyakkan Susu Ibu
Tips ni pong saya dapat dari forum cari jugak....
elok untuk dikongsi bersama2...
sharing is caring...
dan memudahkan untuk rujukan saya juga sebenarnya..:)


Pemakanan:
lobak putih
ikan semua jenis ikan ikan yu (tak penah mkn lg) ikan sardine, tuna, salmon
kurma
jantung pisang
kucai +tauhu+tougeh
petola
kentang rebus
longan kering (air mata kucing)
roti
biskut marrie
daun turi
susu/ soya
halba (msk dlm nasi & air rebusannya minum)
pengaga
kacang buncis
sayur sawi
cheese
planta


Minuman:
air masak
susu
soya
nestum
oat
horlick
milo
jus buahan
buahan betik/honeydwe
rebusan buah pala
spirulina
air kelapa
rebusan air halba


Supplement yg perlu ambik:
omega 3
obimim
kalsium
vitamin c

Utk urutan plak:
1) sikat puting setiap hari, baca selawat pastu sikat dari atas keputing....kanan dan juga kiri
2) cuci dengan berus gigi puting2 tuuu takut tersumbat liang2 puting susu
3) kalau sblm mengepam tuuuu, ambik kedua belah tangan urut dari atas terus lurutkan kebawah...(bc selawat dulu)...insyaallah itu salah satu urutan utk BF

Masa pengepaman:
1)cuba pam sekerap mungkin, lagi byk kita pam...lagi byk pengeluaran susu cthnya 3jam sekali
2)mlm bagi baby isap kerap ....sebab bila mlm kalou kita bg baby isap boleh membaykkan pengeluaran susu juga
3) bila pam, pam sampai susu tak keluar.....nanti tetek kita akan produce susu baru....istilah yg kita selalu guna mcm kita'buang sampah...sampah dah penuh, kita buang dlm tong sampah...pastu kita ganti dgn plastik sampah baru' gitu jugak mcm air susu kita...bila kita dah habis pam, die akan mengeluarkan susu baru
4) sblm pam minum air suam dulu....lepas pam pon minum jugak.
5) jgn minum air sejuk/ais nanti susu cepat kering
jgn minum teh/nescafe taou.....mkn supplement jgn tinggal

Ubat

Ubat untuk tambah hormone prolactin (* recommended)

1) Domperidone*
2) Maxolon
3) Metoclopramide (boleh jadi depression)
4) Motilium
5) Raglan (boleh jadi depression)


Cara-cara Lain

1) baca surah al baqarah ayat 60. sambil baca letakkan tangan pada breast tu. (satu lagi surah surah al-Hujurat kalau tak salah)
2) Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari.
3) tuam tuala suam ke atas payudara
4) urut belakang
5) urut kat payudara
6) urut tetek pakai sikat?mcm sikat rambut
7) sentiasa berfikiran positif
8) invest pada pam susu yg berkualiti
9) Kerap menyusu bayi
10) kurangkan stress, jangan fikirkan perkara yang menyusahkan hati
11) doa
12) tawakkal

Luckyyza Eyna
=========================================================
5)
macamana hendak menaikkan penghasilan
By Nur Hidayu and Izura Mohamad Sobri • Suntingan terakhir sekitar 7 bulan lalu • Edit Doc • Padam
OM KITER BACA TENTANG PENYUSUAN SUSU IBU NIE..HARAP2 DAPAT MEMBANTU KALIAN YANG DALAM SITUASI BERGINI... BERKONGSI KE ARAH KEBAIKAN...

Bagaimana bagi ibu yang bekerja ataupun exclusively pumping?


Mengepam dengan konsisten dan teknik yang betul + Pemakanan yang teratur dan seimbang + Air yang tidak kurang dari 2 liter sehari + Supplement + Keyakinan dan semangat yang berterusan + Gembira serta berfikiran positif = Menghasilkan susu dengan jayanya.

Mengepam dengan konsisten dan teknik yang betul.
Ini membantu stimulasi sentiasa berlangsung dan penghasilan susu yang berterusan akan berlaku. Konsisten bermaksud sentiasa melakukan sesuatu itu dengan istiqamah...biar sedikit tetapi perlu berterusan. Teknik yang betul pula dikaitkan dengan memastikan si ibu itu mengepam dan memastikan sehingga payudara benar-benar kosong. Adakah jenis pam mempengaruhi penghasilan susu? Ada pendapat mengatakan pam yang memberi rasa keselesaan pada si ibu membantu menghasilkan susu dengan lebih baik. Ini kerana pam yang selesa tidak akan membuatkan si ibu rasa sakit semasa sesi mengepam dan ini akan melancarkan pengaliran susuibu dengan mood yang tenang dan gembira. Pam tidak semestinya berharga mahal ...memadai memberi keselesaan pada si ibu.

Pemakanan yang teratur dan seimbang.
Sangat penting bagi ibu yang menyusukan anaknya dengan susuibu memastikan pengambilan makanan yang teratur dan seimbang. Bermaksud si ibu tidak boleh sama sekali skip daily meal. Daily meal perlulah mengandungi lengkap semua keperluan vitamin demi memastikan susu yang dihasilkan penuh dengan nutrisi yang seimbang. Ada ibu2 yang mempunyai perasaan takut akan gemuk jika makan sedangkan proses penghasilan susuibu itu sendiri membantu pembakaran kalori dari tubuh ibu.

Air yang tidak kurang dari 2 liter sehari
Pengambilan air sangat membantu penghasilan susu dengan baik. Namun masih terdapat ibu2 yang bekerjaya yang malas untuk menggantikan air dalam tubuh mereka atas alasan malas untuk ke tandas. Badan ibu akan mudah kekeringan (dehydrate) apabila terlalu terdedah dengan matahari (terutama mereka yang kerja luar dan terdedah kepada panas) serta mereka yang terlalu terdedah kepada kesejukan. Berapa banyak air yang perlu diminum? Bergantung kepada badan si ibu dan yang pasti minima ialah 2 liter.

Supplement
Ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa si ibu tidak perlu mengamalkan pemakanan tambahan untuk menjayakan penyusuan. Ini adalah benar bagi mereka yang mempunyai pengambilan makanan yang teratur dan seimbang dari semua zat pemakanan yang perlu. Jika kita boleh pastikan makanan harian kita mengandungi 500mg vit C , kalsium dan magnesium, segala zat dalam multivitamin dan healthy life style...maka golongan ini tidak memerlukan vitamin. Namun jika anda adalah seorang yang bekerja dan pengambilan makanan anda tidak dapat memenuhi keperluan badan anda, supplement sangat digalakkan.
Supplement hanyalah untuk mengisi ruang kekosongan di dalam badan anda yang tidak dapat dipenuhi melalui pengambilan makanan harian. Jika si ibu adalah berbadan besar tidak bermakna si ibu itu sihat. Some goes to thin mother. Supplement asas yang perlu untuk badan si ibu sustained dan sihat ialah : multivitamin, b complex , vitamin C dan protin . Pengambilan protin boleh digantikan dengan alfalfa kerana kandungan alfalfa turut mempunyai protin namun pada kuantiti yang minima. Pengambilan supplement memerlukan pengambilan air yang selari agar ianya dapat diserap oleh seluruh tubuh dengan baik sekali.

Keyakinan dan semangat yang berterusan
Pembacaan yang banyak dan ilmu yang luas dapat membantu si ibu terus berkeyakinan dan semangat berterusan. Berkawan dengan ibu yang turut menyusukan anak juga menjadi pemangkin untuk si ibu terus bersemangat untuk menyusukan anaknya. Banyakkan berzikir kerana ini antara yang dapat menghidupkan rohani dan secara langsung kita dijauhkan dengan sifat malas atau mengalah.

Gembira serta berfikiran positif
Jika si ibu itu memastikan pengambilan makanannya mengandungi cukup vitamin B atau lengkap dengan semua vitamin B , insyaAllah si ibu itu akan sentiasa gembira dan berfikiran positif. Ada kajian yang mendapati ibu yang mudah mengalah, cepat marah, mudah mengamuk, sensitif dan mudah penat dan sakit adalah mereka yang KEKURANGAN VITAMIN B COMPLEX di dalam tubuh mereka. B complex tidak akan menggemukkan sebaliknya ia membantu si ibu itu maintain dan lebih nampak cantik serta berseri.


Akhir kata; berkawanlah dengan mereka yang menyusukan anak kerana ini membantu menaikkan semangat si ibu untuk terus menyusu. Abaikan mereka yang cuba merosakkan keyakinan anda untuk terus berjaya dalam penyusuan. Jangan mengalah...lalui semua cabaran dengan tenang kerana pahala yang banyak tersedia untuk ibu yang terus sabar dan berusaha untuk berjaya.
==========================================================
6)
7 Tips to Increase Your Milk Supply Naturally
Oleh Intan Mohd Adib • Suntingan terakhir sekitar 7 bulan lalu • Edit Doc • Padam
There truly is nothing more distressing that not being able to satisfy a hungry baby when you are nursing because your milk production is not optimal and milk supply is less than adequate. First, let me say this: the solution is not to immediately quit breastfeeding and turn to the bottle. There are many solutions that can assist in increasing your milk supply that are quick, effective and natural.
To begin with, you should be sure that you do in fact need to increase your milk supply. Signs of an underfed baby include weight loss or absence of weight gain, infrequent bowel movements and infrequent diaper wetting. Of course, if a baby is fussy, this may also be an indication of weak milk supply. To increase your milk supply, always look for natural solutions before resorting to prescription medications.
Increase the Feeding Schedule – The most effective way to increase your milk production is to increase the frequency of feedings each day. You should encourage your infant to nurse often. Express Milk – If you find that your child is not willing to increase the number of feedings, you may want to express milk from your breasts either by hand or breast pump. This will ensure optimal levels of milk production. Keep in mind that it is not necessary to keep or store the expressed milk, unless your baby is also bottle fed at a caregivers. Use Both Hands – If you are able to drain both breasts at each feeding, your breast milk supply will increase quickly. However, it is important to offer the first breast to your child and finish the first before offering the second breast. The benefit here is that your child will receive the ‘fatty hindmilk’, which is important for growth and nutrition. Let Baby Dictate – Always let your infant feed for as long as he wants. Allow your child to dictate the length of each feeding session. Your child may feed until he falls asleep or simply detaches from the breast. Check the Latch – It is critical to ensure that your infant is latched onto your breast properly and is well positioned for each nursing session. Obviously, the child will receive more milk at each sitting if latched properly and in turn, this will increase your milk supply. Eliminate Substitutes – Get rid of soothers, sippy cups and other substitutes that you may be using to pacify your baby when he is not nursing. By providing only one source of sucking, your baby will be more likely to feed vigorously at each feeding. Use Herbal Remedies – There are many safe and proven herbal remedies that can help to increase your milk production quickly. The new most popular are fenugreek and milk thistle. Both are safe for mother and baby, and will assist in increasing milk supply within a few short days. Patience, love and determination will get you through this, and before long your milk production will be back up to adequate levels. The more your baby feeds, the more milk your body will produce for your child.
__________________________________________________________________________
PANDUAN TINGKATKAN PENGHASILAN SUSU - Pengalaman dari menyusukan Nur Marissa Hannah
- Kosongkan payudara
Pastikan bayi menyusu secara efektif.kosongkan payudara dgn sempurna.Perhatikan juga posisi dan cara bayi melekap.Oleh itu amat penting untuk kita mengepam payudara selepas atau ketika menyusukan bayi agar penghasilan susu lancar
- Kerapkan sesi penyusuan
Keraplah menyusukan bayi mengikut permintaannya.Jika dia menghadapi masalah berat badan, sasarkan utk menyusu sekurang-kurangnya 1/2 jam - 2jam sekali di siang hari dan 3 jam diwaktu malam.
- Gunakan waktu bercuti sebaik-baiknya
Sewaktu bercuti,ambillah 2 hingga 3 hari dan berehatlah sambil menyusukan bayi sekerap mungkin tanpa melakukan aktiviti lain yg boleh menggangu sesi penyusuan efektif.
- Susukan menggunakan kedua-dua belah payudara
Biarkan dia menyusu sehingga puas disebelah payudara kemudian tawarkan sebelah payudara lagi.
- Berehatlah
Minum ketika dahaga.(jangan paksa diri.minum air yg banyak tidak mbantu meningkatkan).dan makan makanan yg seimbang.
- Kerapkan Mengepam
Menambah sesi pengepaman selepas atau antara waktu penyusuan dpt mbantu. Pengepaman sgt penting apabila bayi tidak menyusu dgn efeksyen atau kurang menyusu. Matlamat kita mengepam adalah utk mengeluarkan susu dari payudara / meningkatkan kekerapan payudara menjadi kosong.
- Bahan Peransang penmabah susu
contohnya ubat-ubatan atau herba utk menambah phasilan susu. Perlu diingat, ia hanya berkesan jika amalan dan teknik penyusuan kita betul. Ia bukanlah jalan pintas untuk menambahkan penghasilan susu.
___________________________________________________________________________

**sumber dari Norazimah Johari kat page Kump ibu2 menyusu FB

Saturday 24 September 2011

24 September selamanya :)

Alhamdulillah....

Pada tarikh yang sama pada tahun lepas, dan pada hari yang sangat berkat iaitu hari jumaat, aku telah selamat di ijab kabul kan dengan insan tersayang yang amat aku cintai iaitu suami ter chenta ku En. Amir Hafidz :) Wahh anniversary yang pertama ni... huhuhu..

Alhamdulillah berkat kesabaran & tolak ansur semasa bercinta bertahun2 akhirnya kawen jugak & harap sampai bila2 pon tak akan bosan dengan pasangan & sentiasa berdoa agar cinta diantara kami makin erat dan teguh... Insyaallah....

pejam celik, pejam pelik tetibe dah setahun & dah ada seorang anak... kengkadang ade gak rasa tak percaya tapi cepat2 aku sedarkan diri...

Bahagianya rasa di kelilingi oleh insan yang aku sayang : suami & baby Akid & keluarga

Tapi nampaknya tak buleh la nak celebrate sangat dalam keadaan tengah berpantang ni.. Ameer kata tunggu abis pantang baru bule berjimba n buat party liar (huhu liar la sangat)

To En. Amir Hafidz : Happy 1st anniversary my dear bucuk!!! Luv u always and forever :)

Thursday 22 September 2011

Uwaaaaah~

Semalam menghadapi hari yang sangat mencabar.

Anak tak sihat.

kembung sepanjang hari dari awal pagi sampai petang.

mintak tetek sepanjang masa

pas tetek, muntah yang melampau lah pulak...

pastu nangis beriya2... mintak tetek balik. Anak tidur sekejap2 je..
Cian dia...

Rasa cam nak mengalir je air mata ni tengok anak nangis tapi ibu kenalah kuat baru anak pon kuat kan????

Sabar ye sayang.... Ibu n papa sentiasa doakan kesihatan yang terbaik untuk Akid...

Thursday 15 September 2011

Akid 21 hari :)

Khamis : 15 sept 2011: 21 hari

setelah penat menunggu nurse semalam, pagi ni nurse pon datang.. hihihi..

berat Akid dah 3.3 kg.

Alhamdulillah. walaupon tak seberat mane tapi cukup lah kalu ia menunjukkan yg bayi aku sihat walafiat.

Penambahan berat badan Akid konsistan setakat ni n nnti lagi 2 minggu kene pegi klinik desa plak untuk timbang berat cukup sebulan... Hihi..

Hari ini jugak aku start makan jamu. Nak bagi senang membuang. Harap2 berkesan lah. Kalu tak berkesan kene tambah dos esok. Tapi pagi tadi time mandi dah selamat ke bank. Sepatutnye awal petang ni jadual ke bank tu. takpe kita tunggu dan lihat :) aku pon dah start makan buah oren nak bagi senang melawas.

Oh ye, nurse tu cakap kuning Akid dah ok. So harap2 bile aku start makan jamu ni pon stil ok gak lah...

I luv u Amir Hafidz & Muhammad Akid
p/s also too plustick :) luv u ols so much



Tuesday 13 September 2011

sembelit & aku memang tak dapat di pisahkan :(

Assalmualaikum!

Hari yg ke -19 berpantang :)

sebelum ni setiap hari selalu berfikir " adakah esok aku akan pergi ke bank?"

n alhamdulillah setiap hari or selang sehari pergi ke bank...

selama 2 minggu memang takde masalah.. hasilnye sungguh memberangsangkan n lancar je

TETAPI

selepas itu,

walaupon tiap hari ke bank tapi hasilnya agak mengecewakan...

sembelit ku datang lagi... huhu.. :(

seksanye lah untuk orang seperti aku yang tak reti meneran ni...

Air dah byk gak minum.. Lepas BF kan Akid mesti minum paling2 setengah cawan air masak...
kene makan buah kut. tapi tak tau buah ape yang ok untuk orang berpantang.. rasa nak je makan oren sunkis tu...

Harap hari2 mendatang yang tinggal ni, oklah hasilnye.... Amin.

Thursday 8 September 2011

Package Raya 2011

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin

Alhamdulillah dapat lagi merayakan Hari Raya pada tahun ni walaupon dalam suasana yang berbeza. huhu...

Niat dihati teringin nak beraya sebagai seorang isteri kemudian barulah beraya sebagai seorang ibu.. Hihi.. tapi Allah lebih berkuasa. Tahun ni aku beraya package - suami & anak. Alhamdulillah. Masih tetap bersyukur kerana diberi baby raya n rezeki yang murah... :)

Pasal makan pulak. Orang time raya makan beriya n rasa macam2 masakan tapi aku hanya mampu melihat je.. hihi.. nasib baik dah set kan dalam mind ni. So takde lah kempunan sangat... Lagipon aku leh paksa orang sekeliling masak balik lauk yg aku teringin time raya haji nnti... huhu.. terutamanya rendang nenek UK.. hihi.. Tapi 1 jela takkan dapat. Lontong nenek subang. Tahun depan la gamaknya kalo panjang umor... Tapi 1 je tak tahan time raya ni.. Air oren n air mangga yg berwarna kuning oren... Sungguh menggoda.....

Alhamdulillah pagi raya pertama, Amir beraya kat Tg Karang. huhu.. Kalah ngan anak... Pagi raya tu tu aku tinggalkan uniform aku sekejap (uniform : pilis, param) untuk memberi laluan pakai baju raya dan bermaaf2an... Sungguh touching bermaafan dengan suami di pagi raya untuk pertama kali kami berkahwin. rasa mcm byk gila dosa... after tu pakai balik uniform...

Pada raya pertama tu badan aku still kembang lagi n muka pon still sembab lagi... Huhu.. tp cuba gak ceriakan diri ni... akid plak pakai baju raya yang cik anne bagi... cute gile...

pastu rutin aku kembali mcm biase.. rutin orang berpantang.. tu je lah kisah aku di hari raya pertama.... gambar nnti lah up sb lappy adik ni lembab la nak up gambar...

Sunday 4 September 2011

26 Ramadhan 1432

KHAMIS
25.8.2011

9.00 am
* bangun pagi bersiap untuk masak spegeti (niat nak buat makanan berbuka puasa kat rumah Iman petang tu)

1.00 pm
*otw ke Klinik Pakar Medina di Taman Melati nak scan gambar baby. Nak tau condition baby.(Aku n amer naik kete asing. After tu amer terus ke opis n aku drive blk umah)

3.00 pm
* nama tak kene panggil lg so Amer kene g opis dulu. Aku sorang2 la tggu.

3.30 pm
* br turn aku... huhu.. mcm biase memula mesti kene check BP dulu.. n BERMULA lah segala2 nya.. BP aku 140/100... sangat tinggi. Dr tanye aku stress ke. Aku jwp tak. biase je. Dr risau tp nasib baik aku dah ujong2 mengandung. So dia scan n tgk kepala baby pon dah dekat laluan... Tu ok lagi pastu Dr. ckp nak seluk.. huhu.. bila seluk dah 4cm... (Alamak) "Kamu ni dah kene bersalin ni Lilly" lgpon BP kamu tinggi... Huhu.. terus menggigil lutut aku. dah la suami tiada di sisi.. terus blur... "kalu kamu g hosp kerajaan Dr. risau kene operate je sb BP tinggi..Kalu bersalin ngan saya, saya akan cuba buat normal" huhu.. so aku pon tepon la amer soh ckp ngan Dr. n amer pon dgn segea berpatah balik ke klinik ngan panicnya.. hehehe...

4.30 pm
*Amer smp klinik.. Aku sengeh2 mcm kerang busuk. Dia igt aku dah sakit2 nak beranak. Tapi aku mmg takde rasa sakit sikit pon. Pas jumpe Dr. Amer setuju Dr. Masita deliver baby kami, so kami terus ke Pusat perubatan Kohilal, Taman Melawati untuk check in.. Kete aku tinggal kat klinik.

5.00 pm
*Check in sambil muka sengeh2 takde perasaan sakit. After check in br buka puasa lauk nasi ayam halia... hehehe.. Mama dtg temankan amer...

8.00 pm
*Masuk labour room. nurse tu letak ape tah kat perut aku n bule dgr heart beat baby.. Masih takde rasa sakit...

9 pm
*Dr. tepon nurse n tanye perkembangan aku yg takde perkembangan ni. So akhirnya kene induce masuk ubat 1 botol. ade la rasa sakit sikit2.. tp bile dah abis 1 botol tak rasa ape2 balik.. huhu.. so masuk lg botol ke 2.. rupanye bila nurse tu seluk jalan da mengecut jd 2-3 cm.. time ni ade sorg ibu nak bersalin kat labour room seblah. tak smp 15 min push baby dah kluar. sungguh psyco. skali tu nurse tu ckp ibu tu bersalin anak yg ke 7 tu yg senang. anak 1st ni lmbt sket... hehehe...



26.9.2011
Jumaat

12.30 am
*Dr. datang... (yahoo) skali tu dia bukak jalan jd 5cm n pecahkan air ketuban aku... pastu Dr. balik. esok pagi Dr. dtg..

2.00 am
*rasa pelik sb mcm ada air keluar sendiri dr bawah mcm air kencing tp bukan. rupanya air ketuban keluar.. time ni byk gile air keluar... amer sentiasa disisi aku... Alhamdulillah.. Luv u ameer...

4.30 am
*air dah abis kluar. aku dah start rasa sakit pinggang n ponggong... hanya Allah je yg tau sakitnye camne... aku genggam erat tangan amer utk tahan sakit.kengkadang aku gigit jari dia sb tak tahan sakit. Ada skali tu tangan nurse pon jadi mangsa. Thanks kat nurse tu sb tolong picitkan bahagian badan aku yg sakit tu... bila dah tak tahun tu rasa mcm nak push sendri je rasanya...

6.45 am
*Yeah akhirnya Dr. sampai... Dr. lepaskan sahur n sembahyang subuh dulu br g hospital. memang mencabar tunggu Dr. sampai. tiba lah masa yang di tunggu2. Amer mmg sentiasa disisi memberi semangat.. Dr. pulak sentiasa baca ayat2 suci n doa n soh aku ikut baca skali sepanjang proses bersalin.
*time ni aku menghadapi masalah salah push. bila aku push, muka n mata aku merah. aku tak teran kat bawah. aku teran kat muka. Dr. marah (padan muka aku) n tangan aku tak kuat nak pegang betis aku sendri. so Dr. tukar strategi, kaki aku gantung kat besi so aku pegang erat besi tu. Cara ni dapat la membantu aku push sket.

7.45 am
*'Lilly, Dr. dah bg masa 1 jam utk kamu push tp tak dpt2 jugak ni. kalu tak kene vacum ni.. Dah lama sangat ni. Kamu nak ke vacum?" Aku diam je.. dah tak larat.. Nurse pon dah stand by alat vacum. tp tetibe Dr. ubah strategi lagik. Dia try tolak baby utk bantu aku push. tp maslahanya kalu dia yg tolak sape yg nak push??? So amer lah yg membuat benda tu...

7.59 am
*Alhamdulillah after amer tolong tolak baby n lagi membantu aku teran n akhirnya baby lelaki seberat 2.85kg ... n selamat diletakkan di pangkuan aku.... Dr. memberi penghormatan kat amer as PAPA utk potong tali pusat baby.

8.00 am
*1 lagi cabaran buat aku menahan sakit time jahit luka. Rasa lama gile... Bile siap je aku di pakaikan pampers.. hihi... After abis Dr. ajak aku n amer baca doa bersama2.... Rasa berhutang nyawa ngan Dr. sebab bersalinkan aku... Sedih gile.... n rasa bersyukur yg amat sangat sebab Dr. ni sangat baik n sabar melayan aku time sakit...

2.00 pm
*aku n ameer pengsan kat wad sb kepenatan semalaman tak tido...

4.00 pm
*umi datang n aku check out....